Saturday, October 29, 2011

Allah Ada Jawapan Dia Sendiri.

Assalamulaikum w.b.t

Hari-hari kita doa kan? Sedar atau tak bila kita sebut "Harap-haraplah mak tak mara" pun dah doa sebenarnye tuh sebab kita mengharapkan sesuatu sama ada secara lisan mahupun dalam hati. Tapi sayang, ada orang ingat untuk berdoa dan menghadap Allah bila mereka dalam kesusahan sahaja. Mintak macam-macam kepada penciptaNya dan berharap agar dimakbulkan segala doanya. Apabila sudah menanti untuk beberapa lama agar doanya dimakbulkan, dia mula mengeluh dan berkata "Kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku padahal aku dah banyak sangat berdoa?" Sedarkah bahawa dengan berbuat demikian anda sedikit pun tidak berada berdekatan dengan petua-petua untuk capai doa yang mustajab?

Dalam berdoa, Allah ada jawapanNya sendiri untuk setiap satu doa itu :

1. "Ya, Aku akan makbulkan"

2. "Ya, Aku akan makbulkan tapi bukan sekarang"

3. "Aku ada rancangan lebih baik untuk kau"

Jadi, bersabarlah dalam berdoa kerana Dia lebih menegtahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jangan mengeluh jangan putus asa, Allah sentiasa ada bersama kita sekiranya kita tidak lupa akanNya.

p/s : Esok aku akan share dengan korang antara petua-petua macam mana untuk mencapai doa yang mustajab (:



: wrote by FARA :

2 comments:

eila.m said...

okayy,, da tw da skrg neh.. hehe :) just never give in urself .. wee.. tgu esok nk smbg bace..

FARA said...

Yahh, have faith in Allah.
Tunggu ye, next episode, hihi.