Monday, November 14, 2011

Mati Itu Tiada Tanda "Warning"

Assalamualaikum w.b.t

Malam neh hujan lagi, macam malam-malam yg sebelumnya. Biasalah, org cakap kalau dah hujung-hujung tahun, mmg musim tengkujuh. Tuh yg  hujan saje. Tapi hujan tuh kan rahmat, cuma kalau hujan sampai banjir-banjir tuh bukanlah rahmat lagi, dah musibah namanya. Kenapa Allah turunkan musibah sampai macam tuh sekali? Sehingga innocent lives pun terkorban kan? Kalau dah Allah nak turunkan musibah, yg baik sekalipun akan terkorban. Jadi, janganlah dilupakan yg Maha Pencipta itu, Dia yg menghidupkan, dan Dialah yg bakal mematikan,

Frankly speaking, hari neh nak blog pasal Tanda-tanda Kematian. Mungkin ramai yg tak tahu pasal neh, so penuh-penuhkanlah ilmu di dada tuh ye. Bukan ilmu duniawi je perlu ada, tapi ilmu di alam seterusnya juga perlu ditimba. What's for sure, kita neh mati tataw bila. Mana tahu esok, tengah duduk-duduk tengok tv kat hall, nak bangun pergi dapur terpelecok pulak. Jatuh and terus mati. Tengah naik tangga nak pergi class ke, terskip anak tangga jatuh tersadung terus meninggal. Mati tuh tak semestinya nak kena tunggu accident teruk-teruk baru mati kan. Sebab tuh nak kena selalu fikir pasal mati. Orang yg berfikir pasal mati ini, adalah org yg bijak sebenarnya.

Memandangkan kita tak tahu sempat ke kita neh nak merasai ada keluarga satu hari nanti (bagi yg belum berkahwin), jadi eloklah kita ambil tahu tentang tanda-tanda kematian supaya kita lebih mengingati-Nya, dan sentiasa bersedia. To be very honest, aku takut sebenarnya baca tanda-tanda kematian neh. Sebagai umat Islam, elokla aku ingat-mengingatkan dengan korang semua. Now lets go through it :

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
Kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar :

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar (since aku pernah tengok lembu kena sembelih, so yes aku perhatikan mmg badan lembu tuh menggigil). Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan  musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu  dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana  ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


p/s : Kalaulah waktu kematian mampu diubah dengan doa sebagaimana jodoh, aku akan doa banyak-banyak supaya tidak ditarik  nyawa pada hari tersebut. Tetapi, Allah itu tidak memungkiri janjinya, ianya tidak akan cepat sesaat mahupun lambat sesaat, Kun Fayakun.


: Updated by FARA :

2 comments:

ctk said...

isau lak bila bce...huhu..thank 4 sharing :)

FARA said...

Kena rajin2 fikir pasal mati neh :)