Saturday, November 19, 2011

Tandatangan Gambarkan Personaliti?

Assalamualaikum w.b.t



Okay, topik untuk hari neh agak menarik aku rasa, kot. Banyak kan kita dengar bahawa personaliti kita boleh ditafsirkan melalu tulisan lah, melalui zodiak lah, melalui pemilihan t-shirt lah and macam2. Hari neh, aku nak share pulak macam mana nak kenal pasti personaliti kau melalui tandatangan. Interesting right? I hope so. Aku tak pasti benda2 macam neh nak percaya ke tak, tapi kalau kena dengan personaliti kau, for sure kau akan percaya punya, yang tak mengena tuh kau akan  cakap "Ahh, merepek je" Merepek kerepek, aku tak suruh pon percaya 100%. Terpulang kepada diri masing2.

Untuk hari ini, 4 kategori akan dikongsi dahulu. Ep ep, jangan gelojoh. Esok aku tambah lagi 4, okengg!
Mari kita lihat siapa yg kenaaa :

1. Satu Garisan di Bawah Tandatangan

Kau adalah seorang yg sangat yakin. Personaliti yg hebat adalah kekuatan diri kau. Selain tuh, kau agak selfish jugaklah, opps! Kau percaya kebahagiaan dalam hidup adalah sangat perlu. Kau tak risau kalau kau ada problem, sebab ramai yg akan datang tolong kau. Sikap ceria kau tuh, mmg disenangi ramailah, tapi kau kena beringat jugak dengan sikap kau yg suka memendam tuh, huu.

2. Dua Titik di Bawah Tandatangan

Kau seorang yg romantik, uikss ye kerrrr? hoho. Kau terkenal dengan sikap yg menyenangkan dan mempunyai ramai kawan. Opss, jap2. Mudah tukar pasangan macam tukar baju? Mu neh, molek sikik perangai tuh. Kau agak nakal lah jugak, sort of suka mainkan perasaan org, haihhh. Kalau bagi kaum Adam, kau mementingkan kecantikan. Tapi untuk kaum Hawa pulak, kau sentiasa cuba untuk kelihatan cantik. Dengan tarikan yg ada, kau senang nak menarik perhatian org untuk berdamping dengan kau. Credit-credit!

3. Satu Titik di Bawah Tandatangan

Kau kelihatannya seperti seorang yg mudah dan rileks. Kau seorang yg penyabar dan tenang dalam menghadapi sebarang dugaan, Alhamdulillah, syukur-syukur. Tapi sekali orang khianati kepercayaan kau, kau mudah hilang kepercayaan kat org lain lah pulak, adoyy. Kerana burung seekor, habis semua berak atas kepala kau, huhuk! Okay, takde kena mengena. Kau cepat bosan dengan sesuatu dan tak suka nak kekal lama dengan sesuatu benda, apo kono eh? Selain kau neh cukup bergaya orangnya, kau jugak bercita rasa tinggi. Wuwuuu!

4. Tiada Garisan/ Titik di Bawah Tandatangan

Jap, biar aku teka. Kau neh mesti plain dan membosankan orangnya. harharhar. Okay, salah. Meh aku bagi tau yg sebetulnya. Kau seronok jalani kehidupan kau, ada gaya dan cara sendiri. Kau seorang yg tegas dan berpendirian teguh. Semua idea yg kau keluarkan mmg bernas lah dan diterima ramai. Tapi, tapi, tapi sebabkan benda tuh, kau kurang nak bagi perhatian pada pandangan org lain. Amboi3, ingat dia sorang je betul la nehh. Takmoh3. Kau neh boros gak orgnya, tapi siapa sangka, kome neh pemurah dan suka memberi ghupenyey. Kau tak boleh tgk org susah sikit, mesti nak tolong. Tapi warning!! Ada yg cuba ambil kesempatan atas kebaikan kau tuh. Habehlah muuu.

Orait, habis baca dah kan? Ada yg kena tak? Kalau takde, kita tengok episod seterusnya esok pulak k.
Adioss!

: Shared by Fara :




2 comments:

Unknown said...

hmm my sign ada garis kat bwh.. huhu

FARA said...

Me too, heheh.