Saturday, November 05, 2011

Jangan Dipertikai Soal Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba hari neh aku rasa macam nak cakap pasal jodoh pulak. Kita selalu dengar kan orang cakap "Takde jodoh agaknya" bila dia dan orang yang disayang-sayang akhirnya berpisah. Betul jodoh di tangan Tuhan, tapi mengikut apa yang dikatakan oleh seorang lecturer aku yang mengajar subjek CTU, dia cakap JODOH adalah ketentuan Allah yang belum diputuskan di Lauhul Mahfuz. Sesuatu yang belum diputuskan di Lauhul Mahfuz mampu diubah dengan doa. 

Di sini bermakna, kalau kita nak dipanjangkan jodoh dengan seseorang tuh, kita kenalah banyak berdoa. Kalau kita setakat mengharap je memanjang, usaha pulak macam nak tak nak, doa pun takde, memang tak heranlah esok lusa kau cakap "Aku takde jodoh la dengan dia." Aku bosan sebenarnya dengar orang cakap camni sebab dia sendiri tak bagi 100% effort untuk hubungan dia dan tak berdoa. Tapi, aku sangat tak sokong dan tak suka bila mana dia ada masalah yg amat membebankan dengan pasangan, masa tuh lah dia sebok mintak dengan Allah hilangkan segala beban masalah yang dihadapi, tenangkan lah hubungan dia dengan  pasangan and blah blah blah. 

Ingatlah kat Allah masa kau senang atau susah. Bila senang, enjoy gila. Tak ingat siapa yang bagi kesenangan tuh. Bila susah, tahu mintak tolong dengan Allah. Aku bercakap neh untuk mengingatkan diri sendiri jugak, bukan nak bersyarah.  Hope, masing-masing boleh jadikan peringatan. Soal jodoh tuh, aku pasti semua mesti nak ditemukan jodoh yang baik-baik. Allah tuh tak mungkir janji, kun fayakun. Kalau kau rasa nak orang yang baik-baik melengkapi hidup kau kelak, kau jadilah baik dulu, baru fair kan. Ini, nak pasangan yang demand aje, baik-baik belaka. Tapi diri sendiri tak cermin. Kau kena fikir, layak ke kau nak dapat laki atau perempuan yang baik kalau kau sendiri belum cukup baik untuk dia kan? 

Akan datang, jangan pulak kau tanya diri sendiri "Kenapalah Allah temukan aku dengan orang macam dia neh (seorang yg tak baik)" Muhasabah diri balik. Mungkin ada perkara dalam diri kau yang membuatkan kau belum layak untuk digandingkan bersama lelaki atau perempuan yang indah budi pekertinya. Allah tak kan biar hamba dia yang bersifat mulia, berhati lembut, baik budi bicara untuk bersama dengan orang-orang yang sebaliknya. Kalau kau sendiri tahu kau seorang yang memahami, mudah bertolak ansur, jujur dan tidak memaksa, mesti kau nak pasangan kau pun macam tuh kan? and so otherwise. Jadi, fikir dan betulkan mana yang salah.



p/s : Selamat Hari Raya Haji (:
: wrote by FARA :

5 comments:

Unknown said...

jgn difikirkn sgt soal jodoh ni, jodoh kan di tntukan Allah?

apa yg kta kena buat is berusaha, berusaha brdoa yg dipercepatkn temu jodoh, xnk la sia2 kan cinta kita dekat orng yg salah kan? kan kecian bakal suami kamu?

slmt hari raya qurban :)

Nuruashia said...

agreee yunk :) btw u bdk OM ehh? sme ala kite awww

FARA said...

Zuan : Mmg jodoh di tangan Allah, tapi macam yang I cakap, benda tuh belum diputuskan di Lauhul Mahfuz lagi.
So it means kita still ada chance untuk dijodohkan dengan orang yg kita syg as slong as kita berdoa dan berusaha :))

Nuru : Oh really? Chemistry2, hihi.

ME CTCT said...

doa boley mengubah ! ske2..betul tu..jdoh ditangan tuhan..lau kita nak, doalah bia tuhan dgr keinginan kita :)

FARA said...

Betul, pandai punn :)