Thursday, November 03, 2011

The Continuation : Waktu-waktu Mustajab Berdoa

Assalamualaikum w.b.t

Okay, hari tuh aku ada cakap nak sambung entri neh tapi aku tak sambung pun, haha. Aku tersangatlah malas nak update blog esoknya. Hari neh baru terasa rajin, so hari neh lah baru aku nak sambung :)) The other day, aku dah update 5 waktu-waktu mustajab berdoa, so hari neh tambah lagi 4 sebab kat entri yang lepas aku ada sebut yang kesemuanya ada 9 waktu mustajab, and here we go :

6. Sesungguhnya Rasulullah bersabda : "Allah akan turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daipadaKu, maka Aku akan mengampuninya.


7.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.


8. Hadis bu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamuu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.


9. Hadis daripada Abu Hurairah : Rasulullah memperkatakan mengenai hari jumaat. Lalu baginda bersabda : "Pada hari Jumaat itu ada satu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohon nya itu.


Tamatlah pelajaran kita mengenai doa. Kalau tak dapat amalkan semua pun, amalkan lah mana yang boleh dan termampu :)


: updated by FARA :



3 comments:

Unknown said...

huhu khatam mengenai doa.. ^^

ME CTCT said...

wah...terima kasih..baru thu pasal aym tuh :)

FARA said...

Sama-sama :D